Saturday, August 8, 2009

Mamaaa..Kau Insan Teristimewa Dalam Hidupku..



Dalam penuh kegembiraan ketika aku menjadi tunangan orang, aku tetap bersedih di dalam hati kerana ketiadaan mama... Mama meninggal dunia pada 14 July 2007..Walaupun telah 2tahun berlalu, aku masih menangisi pemergiannya....Pergimu membawa seluruh semangatku mamaaaa....Walau ku tahu, andai aku menangis air mata darah sekalipun, kau tak mungkin kembali lagi.....Mama, tiada apa yang dapat aku hadiahkan kepada mu melainkan doa yang tiada
hentinya. Mama, pergimu sebagai seorang pejuang yang telah banyak memeperjuangkan nasib anak-anakmu di dunia ini...Kini, tinggal aku yang akan meneruskan perjuanganmu untuk membesarkan adik-adik agar mereka menjadi insan yang soleh dan solehah....Kalau mama masih ada, tentu dialah orang yang paling gembira di dalam majlisku kerana dia sempat mengenali tunangku semasa hayatnya... Dan aku tahu aku telah mendapat restu daripadanya....Mama, tanpamu disisiku, hidupku benar-benar terasa kosong.. Kau segala-galanya untukku..Sesedih mana pun aku di atas pemergianmu, namun hidupku perlu diteruskan..Tempatmu di dalam hidupku tidak seorang pun dapat menggantikannya...Mamaaaa,kakak terlalu merinduimu...Mama, kau segala-galanya dalam hidupku...Kita akan bertemu kembali di syurga Allah mama...(amin)... Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh mamaku,SAFFRENDA BINTI MANSOR dan semoga mama di tempatkan dalam golongan mereka yang diredhai oleh Allah ....Al-Fatihah....

Hantaran pihak perempuan

Semua ni aku wat sendiri tau.. Tak de sape tolong..100% fresh idea dari aku.. Walaupun simple tapi aku puas ati sebab dari air tangan sendiri.. No tempah2 ok? Aku balas pihak lelaki dengan 9 dulang..Aku bagi sirih junjung, cup cake, kek coklat, coklat, buah2an, kain pelekat, towel, t-shirt Adidas, and cincin tunang... Nanti hantaran kahwin tak tahu la nk bape dulang....Tapi best la wat hantaran sendiri ni... kita jd lebih kreatif...

Ni gabungan hantaran kami but not all...


Aku try pakai fresh flower untuk naikkan seri hantaran.. Bau rose segar tu memang menenangkan jiwa..Masih terbau2 lagi aromanya...





Aku tgh touch up hantaran bagi nampak best sikit..Sempat lagi kn? Ni beberapa minit sebelum rombongan sampai...


T-shirt Adidas and towel....Simple je kn?




Cincin tunang aku bagi pada Nazri... Hantaran yang paaaaling penting....

Hantaran Pihak Lelaki...

Ok, ni hantaran dari pihak lelaki untuk aku... Temanya, orange color...Terdiri dari sirih junjung, telekung, sepasang baju, kek coklat, cincin serta potpuri, buah anggur and coklat...7 dulang semuanya...
Ni gambaran yang lebih jelas...Amacam? cun tak? Hasil kerja tangan Kak Nora..


Gabungan hantaran kami berdua....

inilah tunangku..




Inilah tunangku..MOHAMMAD NAZRI BIN ZAINUDDIN..
Semoga kami diberi kekuatan untuk menempuh dugaan sepanjang pertunangan kami... Dia sekarang masih lagi study di poli seberang perai..n aku masih lagi belajar di tahun akhir di UPM.. So,kami dua2 masih lagi belajar....kawin nnti pn maybe kami blom abis belajar...heheheee...best ke tak kawin time blajar ni? tak pe..aku akn menempuh hidup baru tahun depan..InsyaAllah...Abah menyarungkan cincin pertunangan pada jari Nazri..Walaupun selama ni tunang cuma sarungkan cincin pada perempuan, aku nk wat la pembaharuan skit..kesian kat lelaki tak dapat cincin kn? So, at least dia pun ada tanda jadi tunangan orang bila ada cincin di jari...Sooo, tak leh la nk enjoy2 lagi kn?


Hari Pertunangan 18 July 2009

Pak cik ku yang berbaju batik hijau selaku wakil dari pihakku..Yang baju batik merah hati tu bapak aku...Hensem gak bapak aku ni... Yang baju kuning tu pulak bakal bapa mertua ku...Yang baju purple tu pak cik aku juga..Pak ngah....Khusyuk dia mendengar kn?




Pada tarikha keramat ini, aku telah ditunangkan dengan insan bernama MOHAMMAD NAZRI BIN ZAINUDDIN setelah 9 tahun kami menjalinkan hubungan sebagai teman istimewa... Kami start bercinta time kami form 1..11 July 2000 tarikh kami bercinta ang sekarang genap 9 tahun hubungan kami, kami telah ditunangkan...Lame giler kan? Tapi nk wat camne, muda lagi..Mayb sekarang dah sesuai kot utk kami ada ikatan yang lebih kukuh...Dah lama sangat aku menunggu untuk memegang title 'tunang"...Akhirnya tercapai jugak hasrat ku... Semoga ikatan ini dirahmati dan membawa ke hubungan yang lebih kuat.. Moga aku dan tunang kuat menghadapi dugaan hidup...Aku bahagia menjadi tunangan orang...





Perbincangan antara pihak lelaki dan perempuan sedang berjalan...hehehee...time ni rase berdebar giler..macam nak nikah pulak rasenye...





Ni pulak sesi bergambar dengan saudara mara..Rase macam artis pun ada gak...heheheee..Agaknya time kawin nnti siti nurhaliza pn kalah..Semua orang nak bergambar dengan aku...






Alhamdulillah...semuanya dah selesai.... Inilah gambar family aku..Abah, ummi, apis (adik), athira (adik) dan hafizi (adik last skali)...tapi adik aku yang no.3 tak de dalam gambar ni...Dia tgh sambut birthday dgn kwn2nya di luar umah...Kebetulan birthday dia lagi 2 ari..so,sambutlah sekali pada majlis aku..tak payah nak wat byk2 kali ka? Save budget...hehehe...



Inilah coursemate ku yang datang jauh2 dari UPM ke rumah aku time majlis ku..Yana, Fiza Mesran, Fiza Ahmad, Tasha, Kema, Hanaa', Ja, Dayana, Aida, Tim, Annet, Najib and Shah...





Thanks sgat3 aku ucapkan pada korang semua...Best sangat dapat cousemate sporting macam korang.. aku doakan korang semua cepat2 ikut jejak langkah aku..heheheee..Jangan tgu lama2, nanti di kebas orang....






Aku and bakal kakak iparku... Kak Nora lah yang buat gubahan hantaran untuk pihak lelaki..Dia ni memang kreatif giler.. Thanx kak..walaupn tgh sarat mengandung, akak wat gak hantaran untuk kami...






kawan2ku dok kat luar umah sambil menunggu acara menyarung cincin selesai...


Dari kiri sekali Acik Sam (mak cik), Kak Liza (sepupu), aku and Kak Aelly (sepupu)....Yang Kak Aelly ni still available.. Hehehe...Yang lain semua dah kawin...Comel2 kan sepupu aku.. patutla aku pn comel..hehehe..gurau je...jangan marah...


Selamat menjamu selera papa...




Yang pakai serkup je ni nenek aku...Dialah orang paling 'sibuk' time majlis aku ni..hehehe.. biarlah, nama pn orang tua kn? thanks nenek..