Saturday, August 8, 2009

Mamaaa..Kau Insan Teristimewa Dalam Hidupku..



Dalam penuh kegembiraan ketika aku menjadi tunangan orang, aku tetap bersedih di dalam hati kerana ketiadaan mama... Mama meninggal dunia pada 14 July 2007..Walaupun telah 2tahun berlalu, aku masih menangisi pemergiannya....Pergimu membawa seluruh semangatku mamaaaa....Walau ku tahu, andai aku menangis air mata darah sekalipun, kau tak mungkin kembali lagi.....Mama, tiada apa yang dapat aku hadiahkan kepada mu melainkan doa yang tiada
hentinya. Mama, pergimu sebagai seorang pejuang yang telah banyak memeperjuangkan nasib anak-anakmu di dunia ini...Kini, tinggal aku yang akan meneruskan perjuanganmu untuk membesarkan adik-adik agar mereka menjadi insan yang soleh dan solehah....Kalau mama masih ada, tentu dialah orang yang paling gembira di dalam majlisku kerana dia sempat mengenali tunangku semasa hayatnya... Dan aku tahu aku telah mendapat restu daripadanya....Mama, tanpamu disisiku, hidupku benar-benar terasa kosong.. Kau segala-galanya untukku..Sesedih mana pun aku di atas pemergianmu, namun hidupku perlu diteruskan..Tempatmu di dalam hidupku tidak seorang pun dapat menggantikannya...Mamaaaa,kakak terlalu merinduimu...Mama, kau segala-galanya dalam hidupku...Kita akan bertemu kembali di syurga Allah mama...(amin)... Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh mamaku,SAFFRENDA BINTI MANSOR dan semoga mama di tempatkan dalam golongan mereka yang diredhai oleh Allah ....Al-Fatihah....

No comments:

Post a Comment